Nabi Zulkifli amanah,
penyabar NABI seterusnya, Zulkifli, anak Nabi Ayub. Nama sebenarnya
Basyar, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja
yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di
negerinya.
Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja.
Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin
mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak
mempunyai anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:
“Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada
waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain
itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka
akan aku
serahkan kerajaan ini kepadanya.”
Tiada seorang pun menyahut
tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata: “Siapakah antara kamu
yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya
serta sanggup bersabar?”
Sejurus itu, sahut seorang pemuda
bernama Basyar dengan suara yang lantang: “Aku sanggup.” Dengan
keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau
diberi gelaran Zulkifli.
Beliau adalah nabi yang cukup sabar
seperti firman Allah, bermaksud: “Ismail, Idris dan Zulkifli adalah
orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka
orang yang suka bersabar.”
Kemudian Zulkifli menggantikan
raja yang sudah tua itu. Pada waktu siang beliau berpuasa, tetapi
tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah melayani rakyatnya
dengan baik. Pada waktu malam, beliau memanfaatkannya dengan
beribadah kepada Allah.
Satu hari, syaitan yang menyerupai
manusia datang kepadanya ketika beliau tidur. Kedatangan tetamu
(syaitan) itu kononnya untuk menyelesaikan urusan dengan raja
(Zulkifli), tetapi tujuan sebenar mahu menggoda.
Kedatangannya
disambut wakil Zulkifli kerana waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi
tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus
dapat berjumpa dengan beliau.
Disebabkan tetamu itu tidak mahu
beredar, malah meminta urusannya diselesaikan segera, Zulkifli keluar
menemuinya. Selesai urusan itu, tetamu berkenaan terus beredar.
Zulkifli baru menyedari tetamu itu adalah syaitan yang mahu
menggodanya. Walaupun mengetahui tetamu itu syaitan, beliau tidak
marah, malah tetap bersabar.
Satu hari berlaku pula peperangan
di negeri itu membabitkan orang yang derhaka kepada Allah. Raja
Zulkifli memerintahkan rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang
derhaka itu, tetapi dibantah.
Rakyatnya berkata: “Wahai
raja, kami takut berperang kerana kami masih mahu hidup. Jika kamu
minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mahu
berperang.”
Mendengar perkataan rakyatnya itu, Zulkifli
berdoa: “Ya Allah, aku menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka,
menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan.
Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka.”
Tidak lama
selepas itu, Allah menurunkan wahyu: “Wahai Zulkifli, Aku (Allah)
telah mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya
Aku akan kabulkan.”
Nabi Zulkifli digolongkan dalam al-Quran
sebagai orang yang sabar dan soleh. Firman Allah bermaksud: “Dan
ingatlah akan Ismail, Ilyasa dan Zulkifli. Semuanya orang yang paling
baik.”
Zulkifli yang dinyatakan melalui al-Quran itu
bukannya Kifli seperti dinyatakan dalam sebuah hadis (hasan) yang
diriwayatkan Imam Ahmad dan Tirmizi, iaitu: “Kifli yang berasal
dari kalangan Bani Israel tidak menjaga diri daripada dosa.
Ada
seorang wanita muda datang kepadanya, lalu Kifli memberi wang 60
dinar kepadanya dengan maksud wanita itu setuju disetubuhi. Setelah
Kifli siap melakukan persetubuhan itu selayak seorang suami ke atas
isteri, tiba-tiba wanita itu gementar dan menangis.
Kifli
bertanya kepada wanita itu: “Kenapa kamu menangis? Apakah kamu
tidak mahu? Wanita itu menjawab: “Tidak, tetapi perbuatan seperti
itu aku belum pernah lakukan dan aku mahu lakukannya kerana ada
keperluan yang mendesak.”
Kifli berkata: “Jadi, baru kali
ini kamu melakukan perbuatan seperti itu. Sebelum ini kamu belum
pernah melakukannya.” Kemudian Kifli melepaskan wanita itu dan
berkata: “Pergilah kamu dan bawalah dinar yang telah aku berikan
kepadamu.
Kemudian Rasulullah bersabda:, “Demi Allah, Kifli
tidak melakukan maksiat terhadap Allah selamanya. Selepas itu Kifli
meninggal dunia pada waktu malam dan di pintunya tertulis, Allah
memberikan keampunan kepada Kifli.”
Mengikut teori pada
sanad hadis itu, Kifli yang diceritakan dalam hadis berkenaan bukan
Zulkifli kerana ia menyebut perkataan Kifli saja, dengan tidak
mengaitkan perkataan lain yang merujuk pada Zulkifli.
Nabi
Zulkifli mempunyai rakyat yang ramai dan berusia lanjut hingga
negerinya padat dan menghadapi masalah bekalan makanan. Selepas itu,
rakyatnya yang panjang usia meminta Nabi Zulkifli supaya ditentukan
ajal.
Zulkifli meninggal dunia pada usia 75 tahun. Beliau
seorang nabi dan raja terkenal dengan sikap sabar dan tidak marah.
Beliau juga mematuhi janji dan segala amanah yang diserahkan raja
terdahulu hingga dapat memimpin kaumnya dengan baik.
26 December
2007 Nabi Yunus ditelan ikan paus YUNUS bin Matta seorang soleh,
dilantik menjadi rasul ke-21 pada usia 30 tahun. Beliau diutuskan
supaya memimpin kaumnya menyembah Allah, sekali gus meninggalkan
pemujaan berhala.
Selama 33 tahun beliau berdakwah terhadap
kaumnya, namun dua orang saja yang mengikut dan beriman bersamanya,
iaitu Rubil dan Tanukh. Disebabkan tidak tahan dengan gelagat kaumnya
yang tidak mahu beriman dengan ajarannya, beliau berdoa kepada
Allah.
Kemudian beliau diberikan wahyu supaya meneruskan
seruan itu selama 40 hari dan jika masih ingkar, kaumnya dijanjikan
Allah dengan azab.
Masa berlalu dengan pantas dan sampai hari
ke-37 umatnya masih enggan mendengar nasihatnya. Akhirnya cukup 40
hari, awan hitam kelihatan di kaki langit. Melihat perubahan cuaca
yang membimbangkan itu, Yunus segera keluar dari negerinya.
Umatnya
yang menyedari azab Allah semakin hampir menimpa mereka, terus keluar
rumah dan menuju ke satu tempat untuk bertaubat. Mereka mencari Yunus
untuk mengadu perkara itu, tetapi sia-sia kerana rasulnya sudah
berpindah ke tempat lain.
Allah yang Maha Pengampun menerima
taubat mereka, lalu dihilangkan awan hitam itu. Selepas itu mereka
dapat menjalani kehidupan seperti biasa, namun masih berusaha mencari
Yunus, tetapi tidak dijumpai.
Firman Allah bermaksud: “Tatkala
mereka (kaum Yunus) beriman, Kami hilangkan daripada mereka azab yang
menghinakan dalam kehidupan dunia dan Kami beri kesenangan kepada
mereka sampai kepada waktu yang tertentu.”
Nabi Yunus yang
menghilangkan diri daripada kaumnya berlayar dengan sebuah kapal,
tetapi dalam pelayaran itu berlaku taufan sehingga kapal yang
dinaikinya hampir karam.
Memandangkan keadaan kapal tidak
stabil, nakhoda bertanya: “Siapakah antara kamu yang menaiki kapal
ini orang pelarian? Jika ada lebih baik mengaku saja dan terjun ke
laut segera demi menyelamatkan penumpang yang ramai ini.”
Apabila
mendengar suruhan nakhoda itu, Nabi Yunus segera terjun ke laut dan
terus dilambung ombak. Ketika itu juga datang seekor ikan paus
menelannya, tetapi dengan pertolongan Allah beliau tidak mati dalam
perut ikan terbabit.
Bagaimanapun, ketika berada dalam perut
ikan, beliau tidak berhenti memohon keampunan dan berdoa kepada Allah
supaya beliau diselamatkan.
Kemudian ikan itu berenang ke tepi
pantai dan mengeluarkannya dalam keadaan selamat.
Firman Allah
bermaksud: “Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang yang
banyak mengingati Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di dalam perut
ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke
daerah yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Dan Kami
tumbuhkan untuk dia sebatang pokok daripada jenis labu.”
Selepas
mengalami peristiwa itu, Yunus menuju ke negerinya dan dalam
perjalanan pulang itu beliau berselisih dengan seorang pengembala,
lalu bertanya: “Bagaimanakah keadaan orang-orang yang tinggal di
kampung ini?“
Pengembala terbabit menjawab: “Keadaan orang
di sini baik, hidup aman dan tenteram kerana sudah bertaubat kepada
Allah, selepas melihat azab yang didatangkan Allah. Mereka menunggu
nabinya yang telah lama meninggalkan mereka.”
Mendengar
jawapan pengembala itu, Yunus berkata: “Akulah nabi dan rasul
mereka, Yunus.” Selepas itu, pengembala terbabit memaklumkan
kepulangan Yunus kepada kaumnya dan mereka ternyata sungguh gembira
dengan berita itu.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami utus
dia (Yunus) kepada 100,000 orang atau lebih, lalu mereka beriman,
kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga
waktu yang tertentu.”
Ayub diuji
penyakit kulit NABI Ayub, anak Nabi Ishak dilimpahi kekayaan harta
benda, malah mempunyai banyak binatang ternakan seperti lembu,
kambing, kuda, kaldai dan unta. Kekayaan itu membuatkan kehidupannya
senang.
Beliau juga mempunyai keturunan yang besar kerana
ramai anak, baik lelaki mahu pun perempuan. Seorang daripada anaknya
menjadi nabi, iaitu Basyar.
Walaupun kaya dan mempunyai segala
kemewahan, Nabi Ayub tidak lupa membuat kebajikan kepada golongan
fakir, miskin dan anak yatim. Beliau tidak sombong, malah tetamu yang
mengunjungi rumahnya disambut dengan baik.
Harta dan keturunan
yang besar tidak sedikit pun menjadikannya bongkak dan hamba kepada
kekayaan. Sebaliknya, dengan kekayaan itu keimanan dan ketakwaannya
kepada Allah semakin luhur.
Melihatkan keadaan Nabi Ayub itu,
iblis berusaha menggunakan segala tipu helah untuk menggugat
keimanannya.
Justeru Nabi Ayub diuji dengan pelbagai cubaan.
Pertama diuji melalui kekayaan dan harta bendanya. Kemewahan dengan
kekayaan yang dinikmati, semakin hari menjadi susut dan seterusnya
semua kekayaan itu habis.
Ayub akhirnya menjadi miskin dalam
sekelip mata. Walaupun menghadapi ujian getir itu keimanan kepada
Allah tidak langsung terjejas. Beliau sabar menghadapi dugaan dengan
hatinya tidak ketinggalan mengingati Allah.
Pendirian Nabi
Ayub ternyata tidak mudah diubah. Justeru, diuji sekali lagi dengan
kematian anaknya, namun beliau masih bersabar dan pada masa
sama
memupuk ketakwaan pada Allah.
Mengenai pelbagai ujian itu,
Allah berfirman, maksudnya: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan
cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang
yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka
mengucapkan, ‘sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami
kembali’.”
Nabi Ayub memang tetap dengan pendiriannya,
tidak tewas dengan tipu helah iblis. Selepas itu, Nabi Ayub diserang
penyakit kulit yang luar biasa. Beliau menderita kerana penyakit itu
selama tujuh tahun.
Walaupun begitu lama menanggung sengsara
penyakit itu, beliau tidak pernah gelisah. Beliau tabah menghadapi
dugaan. Walaupun badannya semakin kurus, hingga menakutkan mata
memandang, beliau masih mampu mengingati Allah.
Disebabkan
penyakit Nabi Ayub itu sungguh dahsyat tiada orang sanggup
melihatnya, melainkan isterinya yang sabar menemani dan merawatnya.
Iblis tidak senang apabila menyaksikan kesabaran dan kesetiaan isteri
Nabi Ayub.
Isterinya digoda supaya tidak melayaninya lagi.
Tipu daya iblis itu sebenarnya diketahui Nabi Ayub dari awal lagi
lalu diberitahu kepada
isterinya.
Nabi Ayub berkata kepada
isterinya: “Jika aku sembuh, engkau pasti aku pukul 100 kali.”
Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah seperti digambarkan melalui
al-Quran: “Ingatlah ketika Ayub menyeru kepada Tuhannya: Ya
tuhanku! Aku mendapat penyakit dan cubaan daripada syaitan.”
Doa
Nabi Ayub dimakbul Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh
tahun sembuh. Dalam al-Quran diceritakan: “Cecah kakimu, inilah air
yang sejuk untuk mandi dan minum. Dan Kami anugerahkan dia dengan
mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka
sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pengajaran bagi
orang yang mempunyai fikiran.”
Mengenai nazarnya, Nabi Ayub
mengingatkan isterinya yang terpedaya dengan iblis bahawa beliau akan
memukul isterinya itu 100 kali jika beliau sembuh. Justeru, apabila
benar-benar sembuh dan sihat, Nabi Ayub bertekad untuk melaksanakan
nazar itu.
Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub mengenai
cara melakukan nazar itu. Firman Allah, bermaksud: “Dan ambillah
dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu
dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami dapati
dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia
sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”
Nabi Ayub
menggunakan rumput yang diikat itu untuk memukul isterinya dengan
sekali libasan. Walaupun sekali pukulan, ia dikira 100 kali kerana
rumput yang diikat itu mengandungi 100 helai daun.
Seorang
Anak Membangkang Perintah Ayahnya
Ketika Rasulullah S.A.W
memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang
untuk terjun ke
gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad
bin
Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa
itu
panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum
Muslimin sudah tidak
merasa asing bila dipanggil untuk membela
agama Allah dan jihad fisabilillah.
Sebab itu Khaitsamah berkata
kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan
keluar untuk
berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan
anakanak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat
seperti itu, kerana keinginanku
untuk memerangi mereka lebih besar
daripada keinginanmu. Engkau telah
berkepentingan untuk tinggal di
rumah, maka izinkanlah aku keluar dan
tinggallah engkau di sini,
wahai ayahku."Khaitsamah
marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan
tidak
mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah
mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah
memanggilku untuk berangkat
berperang. Sedangkan engkau meminta
sesuatu yang lain padaku,
sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat
padamu tetapi aku
menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata,
"Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada
yang
berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku
untuk
berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai
ayahku, kalau bukan masalah syurga,
maka aku akan
mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian
antara dia dan anaknya
sehingga terasa lebih adil. Hasil undian
menunjukkan bahawa Saadlah yang
harus turun ke medan perang. Dia
pun turun ke medan Badar dan mati
syahid.
Setelah itu
Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi
Rasulullah
tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah akhirnya
mengizinkannya
setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai
Rasulullah,
aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku
harus
mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya
sehingga
dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana
di
dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus
menemani kami di
syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai
Rasulullah, demi Allah aku
rindu untuk menemaninya di syurga.
Usiaku telah lanjut dan aku ingin
berjumpa dengan
Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur
hingga mati syahid dan
berjumpa dengan anaknya di syurga.
Tiga
Watak Di Akhir Zaman Kedatangan
Imam Mahdi
..da
disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan
tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat
apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi
peperangan, banyak bencana dan banyak bala.
Pada masa itu
nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu
berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan
de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara
lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku,
seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung,
banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis
penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.
Menjelang
datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah
Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama
tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang
yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa
itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin
yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di
Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam.
Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar
oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan
lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.
Orang yang
hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari
langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa
Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam
bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang
menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak
pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di
jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira
tempat dan waktu.
Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi
pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya
jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis
dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu
petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai
ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.
Bukan
bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi
misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang
yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri
dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.
Menjelang
turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang
ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah
Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah
Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan
datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan
yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di
bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya
manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan
makhluk lainnya.
Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang
soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa
munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia
di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.
Mereka
mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah
melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia
yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat
mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup
berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang
dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke
dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi
pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah
Imam Mahdi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan
tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada
berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin
dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi.
Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang
makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti
arahannya.
Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang
dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan
zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu
buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan
dunia, orang pun terus mengikutnya.
Manusia mahu diajak
kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu
mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang
mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan
perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya
kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.
Keadilan dapat
ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan
masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah
berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah
ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak
terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin
mereka itu adalah Imam Mahdi. Kedatangan
Dajjal
Ada
riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan:
“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk
solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w.
Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam
bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.
Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata:
“Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang
pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh
kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi
khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim
Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku
dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah
tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang
telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya
dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal.
Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke
tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan
kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu
bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang
terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka
berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak
nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada
binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab:
“Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”
Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu
ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun
ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang
ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai
seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak
pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya
dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak
kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa
itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang
aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka
menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut
menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke
tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu
bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat
tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami
tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia
hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini
untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa
dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini.
Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa
tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab
soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu
kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di
negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”
Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu
berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah,
orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang
sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan
maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih
ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu
berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya
lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan
kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka
menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki
itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?”
Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia
terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah
mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang
besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung
jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku
terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku
akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini.
Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali
Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah
dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat
menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah
s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah
negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah.
Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada
kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah
s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan
saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku
sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah
yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan
di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur.
Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah
timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal
akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan
datang dari Khurasan atau Asfihan. Khutbah
Rasulullah SAW tentang Dajjal
Dari
Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah
berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak
menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya
tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain
daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh
Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi
yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu
tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia
datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah
sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah
kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah
SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan
datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi
manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia,
tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada
umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya
sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu
nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar
tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya
sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan
juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca
oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di
antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka,
yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya,
hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk
sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di
antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah
lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?”
Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang
menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama
dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai
anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di
antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia
belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah
apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan
kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup
semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?”
Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab:
“Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang
yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah
s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya
menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian
yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan
orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang
percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan.
Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan
tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau
daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan
Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana
dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah
dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di
luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika
itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi
tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan
orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan
hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di
antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di
satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya),
maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi
dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu
tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman
kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit
supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan
tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan
tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya
Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada
tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai
orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah
dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir
bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang
paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia
dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada
waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga
kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan)
bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan
Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan
kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.
mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku
ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya:
“Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah
menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah
s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih
hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang
setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari
Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal
muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil
tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu
hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan
sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari
berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya
Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh
kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah
berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal
itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari
ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?”
Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya
menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan
kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia:
“Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka
semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi
kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan
keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah
mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat
puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah
SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud
dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya
setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir,
yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam
iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu
A'lam. Kedatangan
Nabi Isa
Diriwayatkan
oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda
tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih
di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak
tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia
menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat
kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam,
bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau
akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya
tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali
yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur
Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu
Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta
orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid
tersebut. Besar
kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan
hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu.
Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak
ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia
turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih
kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya
seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia
akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan
menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan
Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia
akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga
harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan
bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan
seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s.
wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”
Muhammad
s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya.
Turunnya Nabi Isa pada
akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti
menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada
sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah
dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah
dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim,
selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi
terakhir.
Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang
dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada
umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman
beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama
atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal:
“Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah
s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit.
Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki
soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka
sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang
Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi
Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang
bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan
untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam
tadi.
“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah:
“Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba
Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi
lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid
itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam
disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi
Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian
menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal
itu.
“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan
dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi
tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap
atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah
dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang
bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan
memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok
Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata:
“Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah
dia.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di
dunia selama empat puluh tahun. Satu
tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan.
Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa
sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah
(Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun
masuk waktu malam.”
Mendengar yang demikian ada yang
bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu
singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah
jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin
umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan
salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi.
Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak
perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana
tidak ada orang yang berhak menerimanya.
“Pada hari itu
semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling
cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk
Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau
dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan
dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh
kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak
ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah
selain Allah.
“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas
kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan
tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan
memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”
Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata:
“Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak
sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya.
Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang
Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat
mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini
ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
Menurut riwayat, bumi
nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman
Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta
melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima
zakat.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim
yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan
salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah.
Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian
alam.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari
Rasulullah s.a.w: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah
berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari
kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi
beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari
kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa
tetapi beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat.
Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”
“Mereka tanyakan kepada
Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui
masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku,
Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat
pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti
hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya,
begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu
nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang
kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”
Kata Nabi Isa
lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim
pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar
pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan
tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua
makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan
buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik
semua habis mereka minum.”
Tambah beliau lagi: “Orang-orang
mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu
sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu.
Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang
timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj
yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa
bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga
bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di
udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT
menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya.
Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan
haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan
haji.”
Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu
Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia
nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim,
dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7
tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun.
Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya
kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian
turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau
diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa
wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu
A'lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub
dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa.
Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu
malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan
mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab
Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa
nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa
akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin
dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.
Menurut
riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan
Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti
kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.
Kisah Bumi dengan Langit
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana
bumi merasa
bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai
langit, aku lebih baik
dari kamu kerana Allah S.W.T. telah
menghiaskan aku dengan berbagaibagai
negara, beberapa laut,
sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa
gunung dan
lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga
lebih elok dari kamu kerana matahari,
bulan, bintang-bintang,
beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada
padaku."
Berkata
bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan
untuk
bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan
solihin (orang-orang
yang baik)."
Bumi berkata lagi,
"Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan
bahkan
sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian
alam,
seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya
penghormatan yang
paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia
menjalankan syari'atnya juga
di tempatku."
Langit
tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian.
Langit
mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan
berkata, "Ya Allah,
Engkau telah mengabulkan permintaan orang
yang tertimpa bahaya, apabila
mereka berdoa kepada Engkau. Aku
tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh
itu aku minta kepada-Mu ya
Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan
kepadaku (langit) sehingga
aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan
berbangga."
Lalu
Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah
S.W.T
memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27
Rejab, "Janganlah
engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini
dan engkau 'Izrail jangan engkau
mencabut nyawa pada malam
ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah
kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya,
"Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah
engkau ke Syurga dan
ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad
dengan buraq
itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat
40,000 buraq sedang
bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah
masing-masing terdapat
nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu,
Jibrail A.S. terpandang pada
seekor buraq yang sedang menangis
bercucuran air matanya. Jibrail A.S.
menghampiri buraq itu lalu
bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata
buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar
nama
Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam
dalam
hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku
tidak mahu
makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api
kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan
menyampaikan engkau kepada orang yang
engkau rindukan
itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang
kepada buraq itu dan
membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa
Rasulullah S.A.W dalam
perjalanan Israk dan Mikraj.
Ahli Ibadah dengan Pelacur
yang Cantik Jelita Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang
pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang
datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.
Secara
kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah
pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan
jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui,
bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus
memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu
akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak
itu.
Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat
dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata
kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda,
oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan
wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”
Wanita
pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”
Dengan
tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya.
Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah
tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas
tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”
Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan
nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah
sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut
lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja
meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah
olehmu!”
Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah
sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila
kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk
mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah
mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan
meninggalkan aku?”
Lelaki ahli ibadah itu berkata:
“Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku
selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi
meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu,
sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah. Wanita
pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak
akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”
Lelaki
ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”
Wanita
pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi
suamiku.”
“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!”
kata lelaki itu.
Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang
membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau
mahu menikahi aku?”
Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi
isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat
ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”
Selepas
berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan
rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut
serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan
menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur
itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki
ahli ibadah tersebut.
Kepada ahli ibadah tersebut seseorang
datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah
datang kepadamu.”
Ketika ahli ibadah melihat kedatangan
wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita
pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli
ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan
demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat
itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku
buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”
Orang yang
hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara
lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan
kemiskinan.”
“Jika memang demikian, aku akan menikah
dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata
wanita itu.
Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara
lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT
mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian
ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.